Oct 6, 2012 & Feb 19, 2015 di Mossy Forest, Gunung Irau / Sentiasa menggamit untuk kembali lagi.
Bapok lama (bukan bapok pondan tu ye, bapak atau bapa sebenarnya, org Kuantan sebut bapok)..memang bapok la teramat lama baru aku nak cerita yang dah basi.Cerita je basi, tapi tetap seronok bila tengok balik gambaq gambaq yang dirakamkan tu. Tak kisahlah lama ke basi ka, aku tetap nak publish jugak. Mcm journal plak nak publish. Ha ha, sebenarnya aku nak share n bagi idea kepada sapa sapa yang nak hiking sebenarnya. Selalunya apa yang aku dapati dari blog atau maklumat online cerita dan disertakan gambar kat check point dan puncak gunung sahaja. So aku clueless mcm mana la rupa sebenarnya sepanjang perjalanan hiking tu. Sebab tu gambaq aku banyak, dan semamangnya aku suka ambik gambaq. Untuk koleksi aku selain tu dapat la bagi idea kepada orang yang baru nak hiking gunung tu. Kira kira mcm jangan la kedekut ilmu, aku plak janganla kedekut gambaq, x habis filem dalam "kamera" tu ahhh...ha ha
semenjak kenal geng gila gila buat aktiviti keluarkan peluh di Kuantan dengan alam sekitar ni. nak dijadikan cerita lagu mana x taw, sapa yang bagi idea naik Gunung Irau. Mula mula nak amik guide bagai, masing masing search la maklumat on net. Dengar track mcm line clear. So last kami gamble pegi sendiri.
Perjalanan kami bermula dari Kuantan ke Raub (Felda Lembah Klau) ke rumah anak Mak Minah & Pak Shah. Alahai Mak Minah, jamu kami dengan sepenuh meja sampai x larat makan. Mak Minah memang suka masak mcm mcm lauk, tapi anak anaknya semua slim slim belaka.
Untuk ke Cameron Highland, kami perlu bangun seawal mungkin, sejam sebelum subuh paling elok. Solat subuh di Sg Koyan dan teruskan perjalanan merentas jalan di tengah banjaran Titiwangsa la jugak kot. Buat kali pertamanya aku melalui jalan ini. Subhanallah dapat saksikan sunrise dipertengahan perjalanan tu. Breathtaking sangat. Apalagi stopppppp the car!!!!!
ini la jadinya bila stop the car, sampai atas jalan kami berposing. dah jalan tu ibarat kami yang punya x dak orang lalu pun. memang jalan ni sunyi. kalau sorang-sorang x payah la lalu ikut jalan ni. tapi jalan Koyan-Ringlet adalah shortcut bagi yang belah utara nak jalan pintas ke Kuala Lipis, Raub dan sekitarnya.
sampai meniarap kot nak amik pic kat atas tu. ha ha
hiking Gunung Irau ni lain sikit, boleh naik kereta sampai kat area orang tinggalkan kereta ni ha. baik baik posing kat kereta orang tu adik manis. Tapi pastikan barang berharga tidak di simpan dalam kereta. Dengar cerita ada kutu yang buat dajal, mencuri dan memecahkan cermin kereta. So beringat ye.
Masa: lebih kurang pukul 10pagi
diawal kawasan mossy forest yang masih berjambatan.memang nyaman dan terasa sejuknya. tapi x la sejuk mcm nak beku tu.
memandangkan kereta boleh naik lebih kurang ke ketinggian 6000', maka kita hiking mula pada satu tahap ketinggian....beware..ha ha
kat sini last point dapat tengok jambatan yang disediakan.maka bermulalah perjalan anda.
kalau nak ke Irau, elok pakai sarung tangan.jangan jadi mcm aku, sebab x taw kena pakai sarung tangan. dah mandi kesan dok pegang akar akar pokok yang dah hitam semacam tu x tanggal.
kalau ke Irau, jangan nak dikejar sangat ke puncaknya. sila hanyati keindahan mossy forest, sentiasa tengok dari sudut berlainan. Anda akan terpegun dengan keindahannya.
tengoklah atas bawah kiri dan kanan, ambik lah gamba low angle ke high angle ka...apa apa yang sesuai. semua akan mejadi menarik sekali
memamg habit aku suka ambik gambo bila beroutdoor. sampai kalau aku panggil je nama kawan-kawan aku mesti depa akan pose cantik punya. sampai la kadang-kadang tu bukan nak amik gambo pun, panggil sebab nak mintak sesuatu, mesti depa akan pose cantik dulu satu. Ha ha...best, sentiasa bersiada untuk gamba anda dirakamkan oleh phone yang x seberapa ni.
thats mossy
panggil saja nama mesti akan senyum dan masing masing akan pose cantik..hihi
tips: kat sini jangan pandai pandai nak jalan atas tempat rata, lebih baik pijak akar atau tonggol kayu. kalau degil siapla kaki terbenam dalam lumpoq....silap hari bulan kasut pun boleh lesap sekali.
kat Irau jugak anda akan menggunakan skill tangan dan kaki sekaligus untuk begerak dari satu akar kayu ke akar kayu yang lain. rasanya akar kayu tertimbul tertonjol sebab irau ni terlalu ramai yang selalu naik. so bila dah ramai jadi la lebuhraya akar tertonjol sana sini.
seingat aku perjalanan ke puncak Irau, akan ada 3 tempat yang perlu dipanjat/turun yang hampir kepada 90degree. So tangan dan kaki perlu bekerjasama ye.
mesti newbie akan rasa pelik, awatla trend menurun saja dari tadi. memang la trend turun sebab dah mula tadi pada ketinggikan 6000'+ lebih tadi.
kat sini la kami panggil point pokok sireh. mula saja selepas ni, ambik hang track mencanak naik.sepanjang track ni kita akan nampak tonggol batu.sebenarnya itu adalah tanda sempadan antara Pahang dan Perak. So track kita lalu atas permatang.
track naik dan naik lagi, skill tangan dan kaki diperlukan. sebab tu sarung tangan merupakan satu keperluan.
sampai di Mini Irau
nasib kat sini ada satu group bagi tahu arah untuk ke puncak.kalau x dak memang tersalah pilih jalan lain.
track menurun dari mini irau untuk ke puncak Irau.
tapi naik balik lepas tu..hihi...baru lama nama gunung
mana nak ke puncak Irau dari Mini Irau jumpa adik dua beradik ni, laju ja ikut guide dengan tinggal mak bapak depa kat belakang.
view ni paling mahal dari Mini Irai ke puncak Irau. Tapi mana ntah gambaq aku posing kat sini x jumpa plak. Kena cari balik ni.
sikit lagi, nak sampai dah dont give up
finally, kami sampai ke puncak setelah 4jam bertarung
kami x lama kat puncak, dalam 20min saja. Makan apa yang patut, lepas tu kami bergerak balik.Lagi pun hari mcm nak hujan, dan kat puncak x nampak view apapun. Dan target kami untuk sampai ke pintu masuk tadi sebelum senja.
sememangnya kami semua ni newbie sangat, innocent sangat sampai mula mula kasut kotoq sanggup nak lap ngan tisu baq hang. so sweet....anak sapa x taw?
Selamat sampai sebelum senja di pintu masuk Mossy Forest.Masa untuk ke puncak 4jam, dan 3jam untuk berpatah balik ke pintu masuk Mossy Forest.
Tips: Kalau dan checkin kat hotel or hostel mana mana kat Cameron, jgn lupa bawak sepasang baju spare naik dan letakkan dalam kereta. Selalunya kalau musim cuti kat Cameron maw 1-2jam terlekat dalam kesesakan jalan.Sebab ramai holiday makers.Jangan jadi mcm aku gila nak terkencing dalam kereta lepas tu nak stop kat mana, sepanjang jalan penuh kereta. Bukan nak pancut gitu aje? Ha ha.... siap boleh kejang kesejukan malam plak tu. Nasib nasib.
Sekian, itu je ceritanya. Harap membantu kepada sapa sapa yang nak buat day trip ke Gunung Irau. Irau sentiasa dihati, sanggup je nak pegi lagi kalau ada kesempatan.
0 comments
Post a Comment