Clun-Gwyn yang bersih dari sampah.
KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Itu lah kata-kata yang terpahat dalam jiwa kebanyakkan orang kita, terutama yang beragama Islam. Yang ratanya majoriti di negara yang disayangi oleh kita semua Malaysia.
Tapi di manakah silapnya. Bandingkan amalan menerapkan kebersihan dalam menjaga alam sekitar oleh mereka yang di negaranya Islam bukan majoriti. Bagi kita nak pegang anjing adalah najis. Dan memakan daging babi apatah lagi tak boleh, sememangnya haram ke atas setiap muslim. Tetapi bagi mereka anjing dan babi adalah ok dan boleh untuk mereka.
Seharian kita akan menyuci diri kita paling kurang 5 kali. Kalau badan x bersih dan x suci memang x boleh sempurnakan yang 5 itu.
Tetapi amalan menjaga kebersihan dan tanggung jawab terhadap alam memang memalukan diri kita sendiri. Yang menjaga tatatertib kebersihan (alam sekitar) pun terpalit sekali dek kerana amalan dari kumpulan yang suka tidak menjaga kebersihan alam.
Menutup aurat sudah comey. tapi, alangkah menyedihkan bila berreakrasi, sampah dibuangnya merata-rata dengan harapan mungkin anak cucunya akan datang untuk kutip sisa sampah tersebut.
Kalau dibandingkan hutan kat negara omputih ni dengan hutan kat negara kita ni. Nak tengok hasil buatan tangan orang kita sgt senang ( yg paling ringan plastik gula-gula, ada jugak yang pandai bawak air, tapi botol air dibuangnya dengan tanpa rasa bersalah). Tengoklah sendiri hutan dinegara orang putih. Tiada sampah yang dapat dilihat.
Marilah kita berubah untuk menjaga kebersihan alam sekitar kita. Seperti kita menjaga kebersihan dan kesucian untuk menjaga yang 5 itu. Malu weh bila orang luar tengok alam sekitar kita, yang tidak mencerminkan diri kita yang harus menjaga kebersihan dan kesucian badan kita untuk sempurnakan hat 5 tu.
Sekadar coretan untuk peringatan kepada kawan-kawan outdoors, terutama kepada diri sendiri.
Pick up your rubbish!!!!!
#masauk #masaswansea #clungwyn #breaconbeacons #swansea #wales #unitedkingdom #malaysia #hutan #gunung #airterjun #waterfall #rainbowwaterfall #bukitpelindung #bukitpanorama #kuantan #pahang #sglembing #pasirkubur #gunungirau #irau #gunungtahan #tahan #gunungnuang #nuang #berkelahwaterfall #berkelah #jerangkangwaterall #jerangkang
0 comments
Post a Comment