Di
sinilah sekurang-kurangnya 2 set tali climbing diperlukan. Masa pendakian kami
hanya satu set tali climbing yang di bawa. Untuk sesiapa yang berkeinginan
mendaki ke sini eloklah mempunyai tali yang cukup. Dari pemerhatian, kawasan
ini batuanya tidak stabil dan memerlukan tali yang diikat pada pokok besar yang
terdapat di atas. Ketika pendakian, pokok-pokok dan akar-akar di celah batuan
masih utuh. Untuk kumpulan seterusnya, saya pasti tempat untuk memegang itu
tidak kuat seperti mana ketika kami melaluinya. Elok dijarakkan diantara yang
akan mendaki, kerana ada batuan kecil yang akan terjatuh.
Ketika
climbing melalui bongkah batuan ini, terdapat pokok seakan daun senduduk tetapi
daunya berwarna purple dan berbulu.
Akhirnya
kami berada di atas bongkah batuan. Tetapi ini bukanlah puncaknya lagi. Dari
kedudukan sini dapat dilihat dengan jelas kawasan ladang yang sedang diusahakan
di mana bermulanya pendakian yang berjarak 5 km. Dengan jelas dapat dilihat
yang kami betul-betul di atas bongkah batuan yeng besar x terkira. Tetapi
bongkah batuannya bukan seperti di puncak Kinabalu. Bongkah batuan lebih lembut
dari batu granite (daripada apa yang dilihat). Jadi jika berkeinginan mengambil
gambar di tepi yang nampak pandangan ke bawah. Mind your steps.
Setelah
berehat seketika, perjalan diteruskan untuk ke puncak. Dalam perjalan tersebut ada sebatang pokok.
Sebatang ke lima batang? X taw nak cakap, tapi menang unik.
Perjalan
untuk ke bayroute atau puncak Gunung Berantai tidak jauh selepas climbing bongkah
batu. Akhirnya 1:52 petang, inilah puncak Gunung Berantai. Di puncaknya
terlindung dari permandangan. Jadi tiada view seluas mata memandang.
Setelah
berehat hampir sejam di puncak. Masa untuk melangkah balik.
Mengambil
beberapa keping gambar dihujung bongkah batu sebelum nenuruninya. Kelihatan
lumut/mossy yang hampir mati atau kekeringan di musim panas.
Sekarang
masa untuk merakamkan keadaan apabila aku berada di bawah pulak semasa menurun
bongkah batu ini. Seperti yang dapat dilihat, tali lebih diperlukan.
This
is not selfie (front) lens, but it is back lens of my mobile phone. Asyik
gambaq orang je, gambaq aku kena la ada jugak, walaupun bukan masa aku tengah
climbing.
Selepas
melepasi tempat berehat yang angin sepoi-sepoi bahasa itu. Hujan telah mula
turun, maka tiadalah gambar sehingga berjumpa tempat yang pertama kami climbing
tadi semasa mendaki ke puncak.
Bersambung
di bahagian Part 4/4
0 comments
Post a Comment