Gunung Tahan

Penang Bird Park

Brecon Beacon

Bukit Panorama

Rainbow Waterfall

University of Liverpool

Blog Archive

Instagram @ mr.leanny

Bukit Rangin

Posted by Mazlan A S Leanny | | , , , , , | 0 comments »

Kalau di sebut Bukit Tabur di kalangan yang suka hiking dan trekking, rata rata akan tahu apa itu Tabur walaupun tidak pernah sampai. Termasuklah aku tak pernah sampai Tabur, lalu dan nampak di kejauhan ada lah. Tu pun sebab masa on the way balik kampung dengan menaiki bas Kuantan ke Butterworth.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal Tabur, tetapi Bukit Rangin yang di puncaknya dari sudut tertentu nampak seakan-akan Tabur. Kalau Tabur kita dapat melihat empangan (x tahu nama, x silap Langat kot), di Rangin kita boleh lihat aliran Sungai Kuantan di mana hulunya bermula di hulu Sungai Lembing yang bertapa banyak anak- anak sungai yang lain mengalir dan memenuhi aliran hinga ke hujung kualanya di Tanjung Api dan juga kawasan Tanjung Lumpur.

Sebenarnya, sejak aku berpindah balik semula ke Kuantan, aku memerhati sahaja puncak berbatu yang terletak berdekatan Sungai Kuantan di mana di sebelah bawahnya dapat dilihat jalan bertanah merah di mana lori menggangkut tanah dengan galaknya mengeluarkan hasil bumi Kuantan. Pada sangkaan aku tempat berbatu tersebut tidak boleh dimasuki selain dari yang terlibat dengan kerja mengeluarkan hasil bumi kot.

Selalunya kalau nak dapatkan kehijauan bagi menenangkan jiwa yang kadang-kadang berserabut, aku suka dekatkan diri dengan alam. Asal masuk saja hutan tak ingat masalah yang berserabut. Inilah nikmat bila mendekati alam. Alam yang tak tercemar…harapnya begitu lah. Tapi lately ni dah Welcome to the Mars dah, aku pun dok terpikiaq nak jadi Banjir Merah apa tahun ini (2015), tapi tengkujuh tak berkunjung tiba. Tetapi bahana kerakusan mengeluarkan hasil bumi akhirnya terbongkar ke satu dunia dengan kejadian Laut Merah di Pantai Batu Hitam baru-baru ini. Sedih dengan melihat kerakusan yang tidak terbendung ini.

Kembali kepada cerita Bukit Rangin, kebetulan kawan aku bercuti hari tu dan aku pulak dok berserabut kepala dengan QWERTYUIOP keyboard. Nak perah otak pun dah tak tahu apa yang nak dicanangkan lagi. I need a rest, I need a view, I need sunrise, I need sunset, I need good view to calm my head, harap harap tak ler jadi permanent head damage kalau dah stuck kat keyboard tu. Nak ke pelindung view bandar Kuantan dah selalu tengok, jadi aku ajak kawan aku mengembara ke tepi Sungai Kuantan, mungkin kita dapat ambik gambaq cantik di area bukit berbatu (Bukit Rangin).

Maka pengembaraan pun bermula setelah laluan memasuki jalan berdekatan stesen Petronas Bukit Rangin, jalan diteruskan sehingga jumpa kawasan perkuburan Bukit Rangin. Ooooo kat sini ka kuburnya, x pernah tahu, maklumlah masuk ke dalam. Lagipun aku bukan asal sini. Perjalanan diteruskan sehingga kami melalui jalan yang debunya hampir dua inci kot, bertepong gomak kasut. Perjalanan diteruskan, tetapi x jumpa jalan yang boleh membawa ke puncak berbatu. Jadi kami berpatah balik, dan akhirnya kami mendaki di kawasan yang telah ditarah untuk tanahnya sehingga berjumpa satu bahagian bukit yang juga di tarah di mana dapat dilihat jalan yang mula-mulanya kami datang. Perjalanan diteruskan dengan pendakian pada “loose rocks” mcm gaya nak memanjat Rijani plak rasa (x pernah sampai pun tapi tengok dari gambar kawan-kawan dan cerita mereka je) bukan apa, x boleh mendaki mcm kat tanah biasa sebab berbatu dan loose, silap silap jadi nangka tergolek kalau silap langkahnya.

Panjang pulak terceloteh, haha. So enjoy those pictures. 


19 Jan 2016 : Disebabkan otak dah tepu dan perlukan tempat untuk menenangkan minda. Jadi ajaklah kawan aku menjelajah apa yang patut kat tepi Sungai Kuantan tu.


dari tepi laluan berdebu tebal dekat 2inci tu, kami dah nampak puncak batu tu. Perjalanan diteruskan, tapi x nampak pulak laluan yang ok untuk panjat ke batu atas tu. Kebanyakkan nampak curam dan payah.


Jadi kami berpatah balik dan cari laluan lebih mudah. Nasib baik x dak lori tanah lalu, kalau dah jadi Orang Celup Debu lah jadinya.


cari punya cari kot kaki bukit tu, jumpa la laluan ni. Jadi kami pun mendaki sehingga ke atas yang mungkin.


lawa pulak dari ketinggian yang x berapa nak tinggi ni. Mungkin disebabkan air sungai bersih dan cuaca pulak elok kot. Kalau tak sungai ni macam ayaq teh tarik je warna dia.


dari sini kami pun cari laluan ke tempat lagi atas. Memang x dak laluan, x nampak gaya macam ada orang naik. Cari punya cari dapat la panjat ke atas sikit dan seterusnya sampai ke batu batu besaq tu.


Apa lagi photo time lah. 


Pusing pusing bergambaq dengan fish eye, tengok balik. Wah cantik pulak kat atas batu ni. Macam ala Tabur je hihi. Apa lagi malam tu, share la pic ni kat FB. Glamer kejap bila ramai tertanya kat mana.


Keesokan harinya, ramai yang nak p ke Bukit Rangin gara-gara gambaq semalam kat fb. 






Hari ke dua naik ke sini, dapat awan berkepul-kepul dan yang bestnya angin kat sini menang best. Tenang je rasanya.


Ok lah, setakat di dulu. Banyak dah gambaq yang di ambil sehingga kini di Bukit Rangin. Nanti ada masa sambung share gambaq kat sini lagi. Tapi dalam insta dah ada share dah. Kalay nak skodeng dalam tu di silakan ye.


Nota :  Pandangan sisi puncak 1,2 dan 3 + Pandangan puncak 1,2 dan 3 dari punvak empat.



0 comments