Diantara
tempat yang memerlukan tali tambahan. Tali ikat lembu menang dah ada di situ.
Tetapi tali tu akan menyebabkan tangan kita sakit bila bergesel.
Yang
telah lepas selamat climb, bolehlah ambik nafas sementara tunggu yang lain
sampai ke atas. Masa ni semakin lama dok rehat, semakin banyak pulak lebah
datang mengghinggap. Jadi kami berganjak ke kawasan atas sedikit.
Pendakian
diteruskan, semakin mencanak naiknya. Ternyata permatang ini betul-betul di
atas susunan bongkah batu yang besar. Dapat dilihat pokok-pokok yang besar
hidup dengan aman diatasnya. Bermakna, akar akar pokok ini juga mengukuhkan
lagi kedudukan bongkah batu ini dengan erat sekali. Jika diganggu
“persahabatan” ini maka kemusnahan adalah pasti.
Setelah
lebih 2 jam mendaki, kami rehat sebentar di atas balak. Balik-balik gambaq orang je, tempek gambaq
aku sekeping semasa berehat atas balak.
Masa berehat kat sini terjumpa dengan makluk Allah ni. Menarik warnanya,
ada sepit macam ketam. Tak pasti apa namanya.
Muka
bumi pendakian berubah, tidak seperti di atas bongkah batu lagi. Rasanya
begitulah. Terasa hutan ini masih terjaga dari noda dengan keindahahn susunan
pokok-pokok yang besar secara semulajadi mengikut hukum alam hutan hujan
tropika.
Dalam
rasa gembira dengan kesempatan melihat hutan yang masih dara ini. Sedih pulak
bila ternampak dua pokok yang dalam jarak berdekatan telah ditebang. Rasanya
pembalak haram rasanya. Tetapi rasanya pembalak haram tidak sempat membawa
keluar khazanah ini. Diharapkan pemantauan yang diadakan dapat mengindarkan
kemusnahan warisan ini. Buat permata kali juga aku dapat melihat sendiri buah
buluh rotan kalau x silap.
Berehat
sekejap-sekejap dalam pendakian yang semakin mencanak, akhirnya rehat agak lama
sedikit di atas balak on track. Memang begitu unik keindahan pokok-pokok besar
di dalam hutan. Kalau ada orang cakap x dak apa yang menarik or best dalam
hiking aku pun x kan faham. Haha. Biar p kat depa lah. Janji pictures say
thousand words, perhaps more.
Naik
dan semakin mencanak naiknya.
Pendakian
diteruskan, tidak jauh dari tempat berehat yang anginya sepoi-sepoi
bahasa. Ahkirnya 1:03 petang kami tiba
di kaki susunan bongkah batu yang memerlukan kami climbing up yang hampir 90darjah.
Bersambung di Part 3/4
0 comments
Post a Comment