Nama
yang tak pernah aku dengar sebelum ini seperti nama-nama glamer daypack hiking
seperti Gunung Irau, Gunung Nuang, Gunung Datuk dan beberapa lagi yang selalu
disebut dimedia sosial terutama FB. Hasil carian online, terdapat satu sumber
blog yang telah dihasilkan oleh salah sorang line up yang menawan
Gunung Berantai seramai 70 orang lebih. Apa 70?Banyak tu, x sanggup aku nak
jadi salah sorang line up. Ha ha. Mungkin ada yang faham kenapa aku x suka line
up yang terlalu ramai, bagi aku 10 ke 15 just nice.
Berketinggian 770 m atau 2526 ft dari aras laut. Terletak berdekatan
Kg Baru Jara, Maran dan juga berdekatan dengan Kuil Sri Marathandavar Aalayam.
Itu lah namanya kalau x silap melalui nama berdekatan di dalam “add location”
di dalam instagram.
Banjaran Gunung Berantai yang dapat dilihat di jalan utama Kg. Jara
Pemandangan tempat di mana bermulanya pendakian. Lokasi sebelum sampai ke puncak.
Pasa
asalnya trip pendakian daypack adalah untuk Gunung Irau yang glamer itu. Idea
Irau terkeluar semasa aktiviti pendakian beberapa orang daripada kami ketika
trekking Bukit Panorama. Maka group whatsapp pun dibentuk untuk Daypack Irau
oleh gogo Wawan Windra. Tetapi misi Irau tak dapat diteruskan kerana permit
untuk Irau tidak dikeluarkan lagi masa tu. Bincang dan bincang, akhirnya why
not kita daypack ke gunung yang berdekatan saja, x perlu check in hotel. Maka
timbullah nama Gunung Berantai. Bagi aku, aku teruja jugak sebab Gunung
Berantai ni, tak ramai orang yang naik lagi. Jadi hutan yang masih dara dan
track yang bukan macam Irau akan menjadi sajian utama sepanjang perjalan.
Back
to my concept, GAMBAQ!!! Gambaq mesti se-detial yang boleh, selagi larat ambik
gambar sepanjang track. Hutan ini terlalu banyak untuk dihayati isinya. Jadi
dengan gambar yang diambil ini kita dapat menghayatinya semula setelah kembali
ke kediaman kita. Melalui gambar yang diambil itulah kita akan perasan dan
lebih menghayatinya, ditambah pula dengan pengalaman semasa on track.
Terlebih
dahulu, lokasi yang menjadi tumpuan lensa diletakkan terlebih dahulu.
Keunikan
pokok-pokok yang besar sepanjang pendakian. Tetapi kesedihan bertandang apabila
didapati ada pokok yang telah ditebang oleh pembalak haram rasanya. Tetapi
kemungkinan pembalak itu tidak sempat mengeluarkan pokok yang bernilai itu.
Maka terbaringlah pokok itu untuk diwarisi kepada generasi akan datang.
Diharapkan Hutan Simpan Kekal ini dijaga untuk generasi yang akan datang. Bukan
untuk generasi kita sahaja, tetapi generasi hidupan di dalam hutan itu sendiri.
Ini
mungkin kelainan Gunung Berantai dengan gunung yang lain. Pendaki perlu mendaki
bongkah-bongkah batu yang hampir 90degree untuk sampai ke puncak. Bentuk
bongkah batu seperti disusun saja. Perlu berhati-hati untuk melepasi kawasan
ini. Sebab ada batu yang tidak stabil pada kedudukan asalnya. Tali yang
bersesuaian dan mencukupi diperlukan oleh kumpulan yang ingin ke puncak.
Disarankan 4 set tali untuk climbing diperlukan.Jadi tak perlu mengikat semula
bila nak turun nanti. 2 set pun sudah mamadai. Kumpulan kami mungkin masih
boleh berharap kepada pokok-pokok dan akar-akarnya. Bagi kumpulan yang
kemudian, diharapkan membawa tali yang mencukupi demi keselamatan ahli pendakian
anda.
Setelah
melepasi bongkah batuan tersebut. Inilah yang dapat dilihat di atas
bongkah-bongkah batuan tersebut. Teruja akan keindahnya. Pokok yang begitu
besar berdiri di atas bongkah tersebut. Bermaksud akar-akar pokok ini memegang
erat kedudukan bongkah dibawah kami sebenarnya.
Inilah
puncaknya.
Perjalanan
kami bermula seawal sejam sebelum subuh. Seperti yang dirancang kami akan
bersolat subuh di masjid Bandar Maran. Setelah selesa solat, beberapa maklumat
lain diambil daripada semua peserta pendakian termasuk pelepasan tanggungjawab.
Perut pun dah berbunyi masa tu, kami menuju ke kedai untuk sarapan. Nasiblah
aku x termakan sambal bilis yang basi. Tapi ada jugak yang dah termakan sikit
masa tu. Apalagi, sebelum pendakian kami pergi ke tanda awam dulu. Untuk
mengelakkan tandas on track. Seperti yang dimaklumkan tiada punca air sepanjang
pendakian. Kecuali di kawasan pintu masuk sahaja. Memandangkan sekarang musim
panas, punca air tersebut turut tidak mengalir seperti kebiasaannya.
Jalan
Chon Choi, Kg Baru Jara, Maran adalah jalan yang bernama sebelum kami menuju ke
ladang kelapa sawit. Sesi taklimat dan beberapa panduan asas telah diberikan
sebelum pendakian yang dimulakan dengan bacaan doa dan Bismillah oleh
Setiausaha HAMOC Abang Dzam. Waktu menunjukkan 9:20pagi. Semua muka fresh,
happy dan masih wangi sebelum pendakian hi hi. Kami menyusuri sempadan kawasan
pertanian yang tengah di usahakan.
Peringkat
awal pendakian kami berpandukan kepada paip air. Pendakian masih deperingkat warm
up. Tidak terlalu sukar dan tidak terasa akan ketinggian yang telah dinaiki.
Sehinggalah kami melintasi laluan air yang berbatu (telah kering).
Pendakian
yang semakin naik dan naik, terasa sedikit akan mencanaknya itu. Keindihan
hutan yang masih dara terasa dengan keindakan pokok yang meninggi yang
menjadikan dibawahnya seperti di dalam gambar.
Setelah
lebih kurang sejam pendakian, take 5 sekejap. Masing-masing sudah terasa akan
kecerunan yang telah dihadapi.
Serpih
daripada pokok? Wohho….macam sebilah pedang yang tertikam saja rupanya. Tidak
pasti macam mana berlaku. Semasa berehat sekejap, terjumpa serangga yang
seakan-akan serupa seperti daun.
Fasa
yang lebih mencanak naiknya sehingga bertemu kawasan permatang yang terletak di
atas kawasan berbatu besar.
menikmati
keindaan di lereng bukit. Memandang ke bawah sambil melihat kaagungan Maha
Besar. Kelihatan pokok yang besar di kawasan permatang yang secara jelas lagi
bersuluh hidup diatas susunan bongkah batu.
sememangnya
mencanak untuk melepasi permatang ini.
Selepas
mendaki kawasan permatang yang berbatu itu. Diteruskan pendakian dilereng atau
di tepi bongkah batu yang lebih besar sebenarnya. Bertapa kerdilya kita ini.
Hanya dengan panorama mode dapat mengambil
pemandangan dari kiri ke kanan bongkah batu yang besar itu. Tidak jauh dari
situ bermulanya climbing yang pertama. Tidak terlalu sukar bagi yang biasa,
sukar bagi yang tidak biasa. Apapun mind your steps. Tengok di mana nak pegang
dan dimana nak landing.
Bersambung di Part 2/4
0 comments
Post a Comment