Nak tulis in English ka Malay? English aku bukan power mana pun. Memandangkan perkataan “Berkelah” itu sendiri menarik perhatian aku dari dulu. Lebih senang aku pakai bahasa Melayu la. Semenjak aku duduk di Kuantan ada tempat yang ejaannya mungkin kita rasa sebutan dia betul seperti yang kita belajar. Salah satu contohnya “Berkelah”, cara sebutan yang aku mula-mula sebut dulu ada “ber-kay-lah” atau bahsa omputih “picnic”. Tapi sebutan sebenarnya adalah “Ber-ke-lah”. Sama jugak dengak “Balok” mula mula memang x reti nak sebut jugak. Pada awal dulu aku ingat nama “Berkelah” sebab ramai orang pergi “picnic”. Yang aku ada dengar disebabkan oleh ikan “Kelah” yang terdapat di Air Terjuh Berkelah.
Lawatan kali ini merupakan, lawatan kali ke tiga. Pertama sekali bersama kawan aku gila-gila main redah aja (ika dan rosya – minah baju hijau dan pink dalam pic bawah ni).Masa tu kami hanya sampai tingkat bawah sekali. Kali kedua, aku berempat bersama Tok Batin (Sham Botak-brother yang paling kanan sekali) pergi ke tingkat dua dan bermalam semalam di sana.Tetapi kami berbasikal daripada Kg Gelugor hinggalah Tingkat 2. Kena la kayuh, tolak dan jugak pikul. Tapi hasil gambar di Tingkat 2 bersama basikal sangat terbaik sekali. Kali ke 3, adalah gambar-gambar yang disertakan. Lawatan ke 2 dan ke 3 aku x jauh, selang 2 minggu saja.
Masa : Lebih kurang pukul 10pagi
Beberapa tahun dahulu, kenderaan boleh masuk sampai ke pintu masuk Air Terjun Berkelah. Disebabkan musim tengkujuh yang teruk, beberapa kali jambatan dibaiki tetap jugak runtuh. Oleh yang demikian, kebanyakkan kereta di tinggalkan berdekatan Masjid Kg Gelugor. Dari sini berkhidmatan lori secara berjemaah disediakan. Memang selepas masuk ke Kg Gelugor, kita akan lalui jalan tidak berturap. Sapa yang bukan 4x4 tinggallah kereta tu. Kalau nak day trip boleh la nak masuk dengan kereta dan tinggal tepi sungai.
Kali ni ada fish eye. Senang la nak amik gambaq. Sah sah semua akan masuk. Tak payah risau, cuma yang gemuk mungkin akan nampak kurus dan sebaliknya. Biaq pi lah, janji moment dirakam kesemuanya. Ye dok?
Disarankan pakai kasut Croc, sebab memang akan meredah air. Awal awal lagi dah basah. Yang pakai kasut tu, elok lah tanggal sebab nak berjalan ke pintu masuk tu jauh jugak. Dan jalan atas jalan berturap so kalau sampai masa panas terik memang A la kulit tu. Kulit aku lain la, memang x payah pakai Qu Puteh pun.
Sebenarnya ada ambil gambaq kat pintu masuk, tapi terletak kat mana x taw. Layan je lah malas nak attach dah.
take 5 sekejap sebelum sampai ke tapak perkhemahan di tingkat 2. Harap ada la ruang kosong. Sebab masa awal sampai kereta dah penuh dekat tempat letak kereta berdekatan Masjid Kg Gelugor.
Masa : Lebih kurang pukul 11:30pagi
Seperti dijangkakan Campsite Tingkat 2 memang penuh. Alhamdulillah tempat yang dikehendaki masih kosong. Yessss hammock for tonight.
Dah selesai pasang hammock dan khemah. Masa untuk makan tengahhari. Sebaiknya bungkus dari luar untuk makan tengahhari. Sebab boleh menjimatkan masa dan, selepas makan boleh naik ke tingkat seterusnya dan boleh mandi manda di tempat yang ok.
Selesai makan, perjalan diteruskan. Hanya barang yang penting di bawa naik. Yang lain ditinggalkan. InshaAllah selamat. Kebanyakkan di sini datang untuk bermalam dan sentiasa ada group lain yang boleh saling tengok.
Sampai di Tingkat 3, ada jugak kumpulan yang mandi di sini. Memandangkan kami masih bertenaga, diteruskan ke tingkat seterusnya
Jajaran air terjun di Tingkat 3 agak panjang. Ada jugak kumpulan yang berkhemah. Tapi harus dingatkan, kemungkinan kepala air boleh berlaku bila musim hujan. Maka elakkan dari menjadikan Tingkat 3 sebagai tapak perkhemahan anda.
permandangan tingkat 3 dibelakang. Sentiasa berhati-hati di sini. Sebab semua permukaan berbatu dan ada yang basah.
tinggi kot, so berhati-hati lah dan jangan terlalu seronok di tempat orang
Permandangan Tingkat 4
Memandangkan ada yang dah x larat nak teruskan ke tingkat lebih tinggi. Tok Batin putuskan untuk kami mandi di sini terlebih dahulu.
Riang ria kami bermain air kat sini. Sambil mandi “shower” terus minum air.
Dah puas kami ber”shower” kami turun ke bawah sikit untuk mandi lagi..ha ha
Dah puas bermain air, hampir jam 5:45petang kami bergerak balik ke Tingkat 2
Gayat baq hang, jadi berhati-hati kalau jatuh x taw la. Boleh meragut nyawa apa. So dont play play in the jungle okay!!!!
Tudia, penuh terus ngan khemah. Meriah, nak mandi pun meriah la jugak..ha ha. Nasib gegirl group kami dah siap siap mandi kat tingkat 3 tadi. Tapi yang lelaki p terjun tiruk termasuk gergirl yang nak terjun tiruk kat tingkat 2 ni….hihi
malam mula menganjak, maka unggun apa dilekatkan dengan jayanya. Tai bukan oleh aku, lighter pun x dak. Masa ni la nak cari perokok. Moral of the story walaupun bukan perokok kena bersedia dengan lighter dan pelekat api. Nanti nak p cari satu set lah.
pada trip Gunung Tahan, kabad tidak boleh digunakan bagi menjaga kesejahteraan hutam rimba. Kat berkelah kabad di bawa jugak, tapi bukan untuk tabur sekeliling tapak perkhemahan. Tapi digunakan untuk menyalakan lampu kabad yang kebiasaanya jaman kecik kecik kat kampung digunakan sebagai sumber cahaya sebelum bertukar kepada generator set. Sebenarnya selain lampu kabad ini dapat menerangi malam, ia jugak berfungsi sebagai shield bagi memastikan binatang di dalam hutan tidak hampir ke kawasan perkhemahan kita. Fikir logik betul la tu, benda berbisa memang x boleh dengan kabad kalau letak atas tanah. Mesti baw dari lampu kabad depa sensatif. Begitu jugak binatang yang lain. Depa memang mempunyai deria yang kuat. Cuma kita dalam hutan perlu la hormat semua tuan rumah dalam hutan. Jangan dok buat onar. Selain daripada itu doa untuk masuk hutan atau ke mana mana saja yang di ajar oleh Ustaz Sharhan Safie dalam Tanyalah Ustaz TV9 sentiasa di amalkan. Ayat nak berbunyi “Salamun ala Sulaiman fil A’ lamin” dan “Salamun ala Nuh fil A’ lamin” InshaAllah…. Apapun baca Bismillah dan Al-fatihah dengan tenang dan betul bacaanya sebagai pelindung. Ayatul Kursi pun bagus.
tekun dok lihat Tok Batin pasang lampu kabad. Tua cenggini baru dapat tengok org pasang.
aku la yang menjadi tukang bbq rusa dan ayam. terbakaq bebulu den….ha ha
Apapun Alhamdulillah dengan rezeki di dalam hutan.
marilah kita insafi wahai para-para pendosa….Malam pun kian berlabuh, dalam kepekatan malam kami masih lepak di atas batu tempat solat ni. Seronok mendengar deruan air terjun dan bintang yang bertaburan. Berborak kosong dan berkongsi pengalaman beroutdoor masing masing. Sampai la rintik-rintik hujan turun memasang masuk ke tempat memasing. Tapi masih berborak sehingga tengah malam. Dan masing masing pun terlelap dah hutan menjadi diam tanpa suara manusia selain suara hidupan malam yang mengasyikkan. Aku pun terlelap …..zzzz
Terlelap aku rasa tidak lama pabila terjaga dek suara Tok Batin dan beberapa rakan yang sedang sibuk tengok Milky Way…. Awalnya aku teramat malas nak keluar dari hammock aku sebab dah sedap tdoq la katakan. Dihambat oleh suara suara ceria bergambo, aku pun bangun la jugak. Apapun memang berbaloi bersengkang mata dari 3.30 ke 4.30pagi. Apa yang boleh di ucapkan Subhanallah….terasa amat syahdu ditambah dengan udara yang nyaman sekali.
kembali ke hammock dan aku pun terlentok kembali. terjaga bila dah subuh. cepat cepat p solat sebelum terlepas. sedap pulak kena air awal pagi. aku ni kebiasaanya bila pagi saja nak cari toilet. baik sebelum semua aktif mencari toilet aku p buat satu untuk aku…..ha ha kalau x payah beb bila dah ramai. Lepas tu apa lagi, mandi la,yang aku perasan cuma dua org je dalam group aku yang buat gila mandi awal pagi. Walaupun sejuk, tapi nikmat air di awal pagi tu.
hari ni matlamat kami untuk sampai ke tingkat 7. seperti yang diberitahu oleh Tok Batin, dengan pace group seperti semalam masa memang cukup untuk pergi dan balik sebelum lewat hari.
dekat tingkat 3, adala ruang untuk berkhemah
seperti kebiasaanya, hari yang berlainan aku akn tukaq singlet aku. bukan apa, bila tengok balik aku taw yang mana dulu…ha ha. Bagi aku memang suka attire mcm ni, ringan dan cepat kering,nak calaq kaki ka apa…biasa la tu….masuk hutan, x nak calaq dok shopping mall lah. haha
perjalan menuju ke Tingkat 4…. betapa kerdilnya manusia ini
perjalanan ke tingkat 4 memang susuri di tepi laluan air terjun ….yang hanya batu. sentiasa berhati hati dengan setiap langkah ye.
akhirnya sampai di Tingkat 4, kami rasa mcm dah cukup la nak mandi kat sini saja. Tapi Tok x bagi, atas lagi best. Kat sini pun rasa dah best atas lagi la..Wohooo
sampai di Tingkat 5
tiada ungkapan selain Subhanallah yang paling sesuai
sampai dah Tingkat 6, hati dah berkobaq kobaq nak berendam dah ni
akhirnya sampai Tingkat 7 aras bawah sikit dari yang atas tu.
Akhirnya sampai Tingkat 7 aras atas sikit tu. Kat sini agak bahaya sikit nak mandi so kami mandi kat aras bawah sikit. Memang lagi sejuk dan rasa lain air aras 7 ni.
berpeluang bermanja manja dengan rama rama sangat menyeronokkan. Sebenarnya rasa x puas lagi berendam dalam air. Trip lain diperlukan, mungking 2 malam dalam hutan dan sampai ke puncak Gunung Serudum. InhsaAllah…we will back.
terima kasih
Mazlan A S Leanny
0 comments
Post a Comment