Gunung Tahan

Penang Bird Park

Brecon Beacon

Bukit Panorama

Rainbow Waterfall

University of Liverpool

Blog Archive

Instagram @ mr.leanny

TAHAN, patutlah di namakan TAHAN.

“Kak Wati, buat apa tu!!!!!” Sergah aku

“Akak nak minum air.” Kata kak Wati. Dah menunduk dia ke lopak air tu.

“Kak Wati jangan, nah minum ayaq saya, ada sikit lagi” Sambung aku sambil menghulurkan saki baki air dalam beg air.

Itulah menda yang aku masih teringat sampai ke hari ni. Perjalanan yang hampir 12 jam dari Kem Kor ke Kem Botak. Berkongsi makanan dan minuman itu adalah perkara biasa yang mengajar erti persahabaatn dalam mendaki. Matlamat kita adalah sama.

Saat air ketika  air hampir habis, kami sudah melepasi Kem Bonsai, dan menuju ke Kem Botak. Masa ni memang semua dah kepenatan yang paling maksima. Semuanya berjalan tanpa kata apa sehingga terbit di mulut “lawanya sunset”. Apalagi semua berpaling, letak bag amik kamera phone dan dengan gembiranya kami bergambar. Buat sekekita keletihan itu hilang. 

Setelah puas  berposing kami meneruskan perjalanan berbaki.  Akhirnya kami tiba di Kem Botak, cahaya mentari tidak lama untuk kami buat apa yang patut. Selepas semua perkara agak teratur, masing masing cakap nak p mandi. Sampai di mata air semua x jadi mandi. Sejuk weh airnya. Solutionnya, aku hanya basahkan towel dan lap badan. Dalam keadaan mandi yang tak sempurna tu, kehadiran bedak johnson menyelamatkan. Satu badan ditepungnya, terasa seperti mandi. Sangat selesa. Thanks Rose sebab bawak bedak. Akhirnya tidoq tanpa rasa melekit.

Malam yang indah di Kem Botak tanpa kumpulan yang lain sambil dipagari bintang berjuta. Habis semua tempat dengan peralatan kami dibuatnya.

Alhamdulillah misi kami berjaya ke puncak. Kami dapat menikmati sunset dan sunrise, itu membuatkan sangat berharga. Walaupun ada sorang dari kami jarinya patah pada awal pagi hari kedua.

Dalam perjalan berpatah balik ke Merapoh, aku memikirkan patutlah gunung TAHAN dinamakan TAHAN. Sangat simbolik. Kena berTahan selagi mampu, kalau x mampu, cuba berTAHAN dengan  “makanan motivasi”.

0 comments